tertarik dengan kenyataan dibwh membuatkan aku terpanggil untuk menulis sesuatu yang bukan fakta tetapi sekadar pandangan sendiri...
kalau tanya samada setuju atau tidak, benda ni common thing. Jika anda seorang isteri yang dikurniakan suami yang baik, sempurna, dan menghargai anda sebagai isteri, tentu sekali anda tidak setuju tetapi jawapan anda setuju jika suami anda adalah sebaliknya. Tetapi! aku percaya kebanyakan lelaki diluar sana benar seperti yang diperkatakan di atas. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa wujudnya perasaan pemurah pada kawan tetapi berkira pada isteri? adakah pertolongan yang dihulurkan oleh kawan itu lebih besar dan bermakna dari pengorbanan seorang isteri? pernahkah isteri berkira wang dan tenaga padamu wahai sang suami? ketahuilah suami.....
isterimu terguris..isterimu bersedih bila si suami berkira dirumah,pemurah diluar. Tapi kesedihan si isteri tidak sampai mengalirkan airmata kerana dia masih kuat..masih tabah menempuh hari-hari mendatang disisi suaminya.
Jika lambungan pujian yg dicari sang suami dr org luar itu lebih penting hingga sanggup mengetepikan pahala serta perasaan isterinya maka, teruskanlah...
kerana...isteri sedang mengumpul pahala di atas setiap kesabarannya dan si suami terus hidup dalam dunia yang penuh pura-pura...
##sekadar coretan dan buah fikiran. Tiada kena mengena dgn yang masih hidup mahupun meninggal dunia
wassalam..