FROZEN FLOWER
The best korean drama ever. Walaupun ada beberapa babak yang agak menjengkelkan tapi just ignore jer. Yang penting is..jalan cerita yang sgt terbaik! watak yang sangat berkesan dan penyampaian yang benar2 berkesan! Thumb Up.
Walaupun agak terlewat untuk menonton drama ni tapi ianya tidak menghampakan. Mengisahkan seorang anak raja membesar bersama2 pelapis pengawal istana yang dibimbing dan diberi latihan ketenteraan sejak kecil. Hubungan anak raja dengan salah seorang pengawal bernama Hong Lim semakin lama semakin akrab sehingga mereka dewasa. Tanpa di sangka, raja jatuh cinta pada pengawalnya sendiri. Mereka terus menjalinkan hubungan terlarang sehinggalah raja terpaksa berkahwin dengan seorang puteri untuk mengekalkan kedudukan raja di dalam pemerintahannya ketika itu. Namun,raja langsung tidak mempunyai perasaan untuk bersama permaisurinya. Pendek kata, raja is Gay! Oleh kerana desakan untuk mendapatkan anak untuk menerajui tampuk pemerintahannya, raja terpaksa meminta kekasih hatinya - Hong Lim untuk bersama permaisurinya walaupun Hong Lim dan permaisuri agak berat untuk memenuhi permintaan raja. Namun,permintaan raja itu akhirnya membibitkan perasaan cinta antara Hong Lim dan permaisuri. Mereka meneruskan hubungan cinta mereka secara senyap di belakang raja sehinggalah pada suatu malam raja berjaya menangkap mereka ketika mereka bertemu di dalam perpusatakaan istana untuk bermadu kasih. Mereka ditangkap dan raja telah menjatuhkan hukuman serta merta ke atas Hong Lim dengan memotong zakar Hong Lim serta memenjarakannya. Selang beberapa hari, permaisuri melakukan cubaan membunuh diri dan dia di jumpai di dalam kamar mandi dengan pergelangan tangan dikelar namun masih sempat diselamatkan. Pada masa yang sama,rakan seangkatan Hong Lim telah sepakat untuk menyelamatkan dan melarikan Hong Lim dari penjara. Mereka juga mengatakan bahawa permaisuri telah membunuh diri dan berharap agar Hong Lim dapat meneruskan kehidupannya di tempat lain namun,berita palsu tentang kematian permaisuri telah menaikkan kemarahan Hong Lim. Hong Lim kembali semula ke istana bagi menuntut bela di atas kematian kekasihnya si permaisuri. Kisah drama yang diadaptasi dari kisah benar ini berakhir dengan kematian raja dan Hong Lim.
Serba sedikit sinopsis tentang kisah drama yang meruntun jiwa i!! sedih...kisah cinta 3 segi, cinta terlarang...tersepit di antara cinta dan setia pada raja.
Dahlah hensem Hong Lim tu (lakonan Zo In Sung)
serta lagi sorang rakan kepada Hong Lim - (lakonan lim ju hwan)...kerana mereka2 ini la yang mmbuatkan i tertarik nak watch this drama! Raja? xhensem...hehehhe..
Serba sedikit sinopsis tentang kisah drama yang meruntun jiwa i!! sedih...kisah cinta 3 segi, cinta terlarang...tersepit di antara cinta dan setia pada raja.
Dahlah hensem Hong Lim tu (lakonan Zo In Sung)
serta lagi sorang rakan kepada Hong Lim - (lakonan lim ju hwan)...kerana mereka2 ini la yang mmbuatkan i tertarik nak watch this drama! Raja? xhensem...hehehhe..
Overall :Thumb Up!!!!